Biologi pengekalan dan pemulihan ekologi Pemulihan_ekologi

Berkait dengan pengekalan kepelbagaian bio, ia perlu disedari bahawa aktiviti pemulihan adalah seiring dan bukannya pengganti kepada usaha pengekalan. Kebanyakan program pengekalan, bagaimanapun, dijangka berasaskan keadaan fizikal-bio yang lalu - contoh. ia tidak mampu bertindak balas kepada perubahan iklim sejagat, dan himpunan "terkunci dalam" apa yang semakin rapuh dan cenderung kepada runtuh sepenuhnya. Dari segi ini, pemulihan adalah penting bagi memberikan ruang baru bagi perpindahan habitat dan flora dan fauna berkait.[7] Juga, pengekalan biologi sering kali menjadikan organisma dan bukannya keseluruhan sistem ekologi dan fungsinya sebagai tumpuan, dan dengan itu memiliki matlamat dan sasaran yang terhad.

Pemulihan ekologi, sebagai bidang saintifik, secara teori berasas biologi pengekalan. Sungguhpun pemulihan ekologi boleh dilihat sebagai bidang kecil biologi pengekalan, perbezaan asas wujud bagipendekatan, tumpuan, dan mod pertanyaan kedua bidang tersebut.

Pendekatan

Perbezaan asas antara pengekalan biologi dan pemulihan ekologi terletak pada pendekatan falsafah mereka kepada masalah yang sama. Pengekalan biologi berusaha menjaga dan mengekalkan habitat dan kepelbagaian biologi sedia ada. Sebaliknya, pemulihan ekologi menganggap kemerosotan persekitaran dan kemerosotan populasi merupakan proses yang boleh diundurkan. Dengan itu campur tangan manusis khusus boleh mendorong kepada pemulihan habitat dan ekologi dan akhirnya keuntungan. Ini bagaimanapun bukanlah alasan bagi menukar habitat "asli" yang amat bernilai bagi kegunaan lain.